SEJARAH SK MORAK
Sekolah ini diwujudkan atas sikap kerjasama penduduk Kampung Morak. Ianya diberi nama “SEKOLAH KEBANGSAAN MORAK”. Antaranya pengasas atau Guru Besarnya ialah:
1. Pada awal tahun 1947, Tuan Haji Daud bin Awang (Tok Ayah Haji Daud) telah mengasaskan penubuhan Sekolah Melayu Rakyat Morak, bertempat di Surau Lama Morak. Guru-gurunya ialah Encik Mohamed bin Yusoff dan Encik Sulaiman bin Hassan. Corak pengajaran ala pondok, mata pelajaran yang diajar adalah Agama Islam yang menggunakan tulisan jawi. Murid-murid menulis sambil meniarap.
2. Pada awal tahun 1949, Tuan Haji Mohamed Khat telah menggantikan tempat Encik Mohamed Yusoff yang meletakkan jawatan.
3. Pada pertengahan tahun 1949, Sekolah Rakyat Morak telah berpindah dari Surau Lama ke Kubor Kebatu. Guru besarnya ialah Encik Daud bin Yusoff.

Corak pengajarannya adalah ala sekolah sekarang yang menggunakan tulisan jawi dan rumi. Mata pelajaran yang diperkenalkan adalah Ilmu Hisab, Tawarikh, Ilmu Tanaman dan Kesihatan.
Pada awal tahun 1950, Sekolah Melayu Rakyat Morak telah berpindak dari Kubor Kebatu ke tempat yang ada sekarang. Pada 2 September 1951, semua guru-guru Rakyat telah ditamatkan perkhidmatannya. Mulai tarikh itu, Sekolah Rakyat Morak telah diambil alih oleh kerajaan. Ianya dinamakan “SEKOLAH MELAYU MORAK”. TUJUH orang guru kerajaan telah dihantar oleh Pejabat Pelajaran Kelantan untuk bertugas di Sekolah Melayu Morak. Guru Besar pertama ialah En Ismail bin Musa.
Guru-Guru Besar Sekolah Melayu Morak (SK Morak) hingga sekarang:
1947 hingga April 1949 - En. Mohamed bin Yusoff
April 1949 hingga Disember 1949 - En. Mohamed Khat Al-Haj
Januari 1950 hingga 1.9.1951 - En. Daud bin Yusoff
02.09.1951 hingga 03.01.1953 - En. Ismail bin Musa
04.01.1953 hingga 01.07.1957 - En. Ibrahim bin Abdullah
02.07.1957 hingga 11.01.1963 - En. Ibrahim bin Abdul Rahman
12.01.1963 hingga 02.07.1966 - En. Yaacob bin Hussain
03.07.1966 hingga 05.05.1968 - En. Wan Mohamed bin Wan Daud
06.05.1968 hingga 31.12.1982 - Tn. Hj Mahmud bin Hj Yaacob PPN
18.01.1983 hingga 31.12.1985 - Tn. Hj Mahmud bin Hj Mohamed PPN
01.01.1986 hingga 31.08.1990 - En. Abdul Malek bin Musa
01.09.1990 hingga 28.02.1991 - En. Abdullah bin Othman (Memangku)
01.01.1986 hingga 31.08.1990 - En. Abdul Malek bin Musa
01.09.1990 hingga 28.02.1991 - En. Abdullah bin Othman (Memangku)
01.03.1991 hingga 30.12.1997 - En. Kamaruddin bin Wan Ismail
31.12.1997 hingga 31.01.2002 - En. Awang @ Awang Ahmad bin Senik
01.02.2002 hingga .... - En. Wan Ismail bin Wan Daud